suria

Bekas Pemain Bola Sepak N. Sembilan Meninggal Dunia

REMBAU: Bekas pemain bola sepak Negeri Sembilan era separuh profesional (80-an dan 90-an), Mohd Zamri Adam, 49, meninggal dunia di rumahnya di Taman Desa Chembong dekat sini Selasa malam dipercayai akibat serangan jantung.

Mohd Zamri ditemui terbaring di lantai di ruang tamu rumahnya oleh seorang anaknya pada 8.30 malam, kata adiknya Mohd Azhar, 47. Allahyarham tinggal seorang diri di rumahnya setelah berpisah dengan isterinya Hawa Abdul Rahim, 48, hampir setahun. Pasangan itu mempunyai tiga anak lelaki dan seorang perempuan berusia antara 15 dan 20 tahun.

Mohd Zamri bertugas sebagai pembantu am pejabat di Sekolah Menengah Teknik Datuk Lela Maharaja di sini.

Semasa kegemilangannya, Mohd Zamri yang bermain di bahagian pertahanan, juga pernah mewakili pasukan kebangsaan.

Jenazahnya dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Kayu Ara di sini selepas Zohor. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain