suria

AVB Mengaku Kehilangan Sokongan Pemain Kanan

PENGURUS Chelsea, André Villas-Boas (gambar) terus terang mengatakan bahawa beliau kehilangan sokongan daripada pemain-pemain kanan kelab itu tetapi menegaskan masih mendapat kepercayaan penuh pemilik kelab, Roman Abramovich.

Dari segi moral, pengurus kelahiran Portugis itu berada dalam situasi yang paling rendah selepas kekalahan 0-2 di tangan Everton, kemudian diikuti dengan pertengkaran di padang latihan keesokan harinya.

Villas-Boas bagaimanapun mengingatkan pemain-pemainnya siapakah yang akhirnya paling berkuasa dengan menegaskan mana-mana pemain yang tidak berkongsi pandangan dengan projeknya boleh meninggalkan kelab menjelang musim depan.

Beliau telah pun menunjukkan siapakah yang lebih berkuasa dengan menjual Nicolas Anelka kepada kelab dari China dan pemain Brazil Alex kepada PSG yang kini diterajui oleh bekas pengurus Chelsea, Carlo Anchelotti.

"Mereka (para pemain) tidak perlu menyokong projek saya. Mereka cuba perlu berhijrah ke kelab lain," jelas Villas-Boas kepada para wartawan di sini, Khamis.

Yang penting kata Villas-Boas ialah sama ada pemilik kelab menyokong projeknya itu.

"Dan saya percaya pemilik kelab ini percaya dengan projek tiga tahun yang telah saya bentangkan untuk Chelsea dan bersedia menyokong projek ini sehingga berjaya," ujarnya lagi.

Tegas pengurus itu, kuasa yang ada padanya pada masa sekarang adalah sepenuhnya dan telah diberi mandat untuk membentuk generasi pemain masa depan kelab.

Artikel Berikut

AC Milan Benam Arsenal 4-0

Artikel Lain