suria

Euro 2012: Blanc Yakin Kecederaan Ribery Tidak Serius

Ribery (kiri) menjerit kesakitan selepas mengalami kecederaan di buku lali ketika aksi final Liga Juara-Juara menentang Chelsea Sabtu lalu.

PEMAIN tengah Bayern Munich, Franck Ribery akan menyertai skuad negaranya, Perancis menjelang Kejohanan Euro 2012 bulan depan.

Jurulatih Perancis, Laurent Blanc berkata, dia tidak risau dengan kecederaan buku lali yang dialami Ribery ketika beraksi pada final Liga Juara-Juara (CL) Sabtu lalu.

"Kecederaan itu tidak terlalu serius dan dalam masa yang sama pemain sayap Chelsea, Florent Malouda akan turut menyertai pasukan pada Khamis ini.

"Pun begitu saya belum pasti lagi sama ada Ribery akan berada dalam senarai utama menjelang perlawanan persahabatan bertemu Iceland di Valenciennes pada 27 Mei ini.

"Kami akan melihat keadaannya terlebih dahulu," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain