suria

Terbuka Korea: Chong Wei Mara Final, Koo/Tan Terkandas

BEREGU badminton utama negara, Koo Kien Kiat/Tan Boon Heong gagal mara ke final selepas tewas 21-17 21-11 kepada pasangan Korea Selatan, Ko Sung Hyun/Lee Yong Dae pada aksi separuh akhir Terbuka Korea, Sabtu.

Koo dan Tan tewas dalam tempoh 45 minit.

Kekalahan ini sekaligus menyaksikan hanya tinggal seorang sahaja wakil Malaysia yang akan meneruskan aksi ke final selepas Datuk Lee Chong Wei menang mudah ke atas pemain muda Hong Kong, Wing Ki Wong, 21-11 21-18 dalam tempoh 34 minit.

Pada aksi akhir esok (Ahad), Chong Wei bakal bertemu dengan pemain dari China, Du Pengyu yang telah menewaskan pemain Indonesia, Sony Dwi Kuncoro, 21-12 21-17.

Artikel Lain