KUALA LUMPUR: Juara bertahan Ong Beng Hee layak ke suku akhir Kejohanan Skuasy Terbuka Motor City di Detroit, Amerika Syarikat, Sabtu.Pada saingan di Birmingham Atletic Club, Beng Hee bangkit semula selepas ketinggalan satu set untuk mengalahkan Ryan Cuskelly dari Australia dengan keputusan 6-11, 14-12, 11-7, 12-10. Menurut laman web kejohanan itu, Beng Hee, 32, akan menentang pemain pilihan utama, Mohamed El-Shorbagy dari Mesir pada perlawanan suku akhir esok.Pemain Mesir itu melangkah ke suku akhir apabila mengalahkan pemain daripada pusingan kelayakan, Abdullah Al-Mezayen dari Kuwait dengan keputusan 11-9, 11-6 dan 11-5. BERNAMA