suria

Jerebu Jejas Aktiviti Sukan - Presiden KOM

Zainal Abidin (tengah) berbincang sesuatu dengan atlet negara.

KUALA LUMPUR: Kualiti udara di sekitar Lembah Klang yang mencapai tahap tidak sihat menyebabkan beberapa latihan dan kejohanan sukan terpaksa ditunda, sehingga keadaan kembali normal. 

Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata  berikutan keadaan jerebu semakin teruk, atlet olahraga tidak menjalani latihan di trek Stadium Mini Majlis Sukan Negara (MSN). 

"Kita tidak membenarkan atlet menjalani latihan di trek kerana keadaan jerebu yang semakin teruk dan ada yang menjalani latihan sebelum ini mengadusukar bernafas.

"Jadi mereka hanya membuat latihan dalam gimnasium sahaja. Buat waktu ini, beberapa kejohanan dalam negeri juga terpaksa dibatalkan," kata Zainal.

Sementara itu, jurulatih skuad berbasikal Johor Mohd Firdaus Daud berkata beliau agak kecewa kerana Kejohanan Lumba Basikal Trek Remaja Kebangsaan terpaksa ditangguhkan pada Jumaat berikutan keadaan jerebu teruk di Cheras.

Beliau yang membawa 30 pelumba remaja berkata persiapan para pelumba 'terganggu' kerana kejohanan kali ini adalah sebagai persediaan menghadapi temasya Sukan Malaysia (Sukma) pada Mei depan.

Kejohanan Lumba Basikal Trek Remaja di Velodrom Cheras dijadualkan bermula pada Rabu ini selama lima hari, sehingga 16 Mac.

"Semalam (Khamis), perlumbaan dijalankan separuh hari sahaja. Hari ini, perlumbaan ditangguhkan. Saya telah dimaklumkan penganjur mungkin akan meneruskan perlumbaan sekiranya keadaan lebih baik. 

"Para pelumba agak kecewa sebab mereka bersemangat untuk menguji kemampuan masing-masing sebelum menghadapi Sukma di Perlis nanti," katanya.

Menurut Firdaus, beberapa pelumba mengalami batuk-batuk dan sakit kepala berikutan keadaan jerebu teruk di ibu kota yang mencapai Indeks KualitiUdara (IPU) kurang sihat.

Sementara Pengarah cawangan Paralimpik Majlis Sukan Negara, Mohd Safrusahar Yusuf berkata atlet paralimpik menjalani latihan seperti biasa namun iadilakukan dalam dewan bagi menjaga kesihatan atlet kelainan upaya yang mempunyai daya ketahanan yang lebih rendah berbanding atlet normal.

Beliau berkata cawangan paralimpik telah memberi arahan kepada semua jurulatih agar mengehadkan aktiviti latihan di luar buat sementara ini dan atletdibekalkan topeng muka.

"Kita di cawangan paralimpik sentiasa membuat pemantauan dari semasa ke semasa sehingga keadaan udara kembali dalam keadaan biasa," katanya  Institut Sukan Negara (ISN) semalam  menasihatkan atlet negara supaya tidak meneruskan sesi latihan sekiranya bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) terus berada pada paras tidak sihat iaitu melebihi 100.

Olahraga, jerebu, Datuk Zainal Abidin

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain