"Kami kehilangan aksi Ozil untuk seketika dan tiada masa spesifik bila dia akan sembuh, tetapi minimun tempoh selama tiga minggu.
"Apabila minimum tiga minggu, bermakna maksimum enam minggu. Saya tidak pasti kerana ia kecederaan tahap dua, mungkin mengambil masa empat minggu," jelasnya.
Ketiadaan Ozil ini pastinya memeningkan kepala Wenger kerana dua lagi pemain Aaron Ramsey belum boleh beraksi serta Jack Wilshare pula patah kaki.
Manakala penampilan pemain antarabangsa Sweden, Kim Kallstrom yang dipinjam dari Spartak Moscow mungkin menjadi perdebatan kerana mengalami kecederaan belakang.
"Sudah tentu ia merisaukan, tetapi saya yakin kami mempunyai jalan lain tanpa dia (Ozil).
"Kami mempunyai ramai lagi pemain yang kreatif, serta mampu menunjukkan prestasi berkualiti," tambah Wenger.