BEKAS pengurus Tottenham dan Chelsea, Andre Villas-Boas disahkan sebagai jurulatih baharu Zenit St.Petersburg dengan kontrak selama dua tahun. Pengurus Portugis itu akan memulakan tugasnya pada Khamis, selepas Zenit bertemu Borussia Dortmund dalam saingan Liga Juara-Juara. Bekas kapten Rusia, Sergey Semak mengambil alih tugas di Dortmund sebelum diserahkan kepada Villas-Boas. Villas-Boas menggantikan tugas pengurus dari Itali, Luciano Spaletti yang dipecat minggu lalu.