suria

F1 China: Hamilton Catat Hatrik, Mercedes Terus Kuasai Kedudukan Satu Dua

PELUMBA Mercedes AMG Petronas, Lewis Hamilton mencipta hatrik buat kali pertama dalam kariernya selepas menjuarai perlumbaan Pusingan Empat  Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) China di Litar Antarabangsa Shanghai Ahad.

Kemenangan ini juga menyaksikan kejayaan ke-25 dalam kariernya sekaligus mengatasi rekod Juan Manuel Fangio serta  menyamai pencapaian Niki Lauda dan Jim Clark.

Ia juga merupakan kejayaan ketiga Hamilton di China.

Aksi di China ini turut merekodkan kemenangan berturut-turut kedudukan satu-dua pasukan Mercedes dengan Nico Rosberg di belakang Hamilton seperti perlumbaan sebelum ini.

Biarpun Rosberg masih menguasai kedudukan keseluruhan pemandu, Hamilton kini menghampirinya dengan kekurangan empat mata.

"Saya tidak percaya bagaimana jentera ini sangat menakjubkan. Saya hanya berlumba dengan diri sendiri. Yang pasti, pasukan ini amat hebat," jelasnya yang bermula di petak pertama dan menguasai perlumbaan ini.

Sementara itu, Fernando Alonso menguasai kedudukan ketiga bagi pasukan Ferrari manakala pelumba Red Bull Daniel Ricciardo di tempat keempat.

"Berada di podium sesuatu yang mengejutkan saya dan pasukan. Akhirnya kami berjaya berdiri di sini," jelas juara dunia kali, Alonso.


Kedudukan pelumba selepas empat pusingan;

1. Nico Rosberg (Jerman ) Mercedes 79 mata

2. Lewis Hamilton (Britain) Mercedes 75

3. Fernando Alonso (Sepanyol) Ferrari 41

4. Nico Huelkenberg (Jerman) Force India 36

5. Sebastian Vettel (Jerman) Red Bull 33

6. Daniel Ricciardo (Australia) Red Bull 24

7. Valtteri Bottas (Finland) Williams 24

8. Jenson Button (Britain) McLaren 23

9. Kevin Magnussen (Denmark) McLaren 20

10. Sergio Perez (Mexico) Force India 18

11. Felipe Massa (Brazil) Williams 12

12. Kimi Raikkonen (Finland) Ferrari 11

13. Jean-Eric Vergne (Perancis) Toro Rosso 4

14. Daniil Kvyat (Russia) Toro Rosso 4

15. Romain Grosjean (Perancis) Lotus 0

16. Adrian Sutil (Jerman) Sauber 0

17. Esteban Gutierrez (Mexico) Sauber 0

18. Max Chilton (Britain) Marussia 0

19. Kamui Kobayashi (Japun) Caterham 0

20. Pastor Maldonado (Venezuela) Lotus 0

21. Marcus Ericsson (Sweden) Caterham 0

22. Jules Bianchi (Perancis) Marussia 0


Kedudukan pengeluar selepas empat pusingan;

1. Mercedes 154 mata

2. RedBull - Renault 57

3. Force India - Mercedes 54

4. Ferrari 52

5. McLaren 43

6. Williams-Mercedes 36

7. Toro Rosso - Renault 8

8. Lotus - Renault 0

9. Sauber - Ferrari 0

10. Marussia - Ferrari 0

11. Caterham - Renault 0

Artikel Lain