suria

Arsenal Kekal Tangga Ke-4 Lepas Tewaskan Hull 3-0

Lukas Podolski, menjaringkan gol ketiga Arsenal melepasi Steve Harper, dalam perlawanan menentang Hull City pada Ahad.

ARSENAL mengekalkan momentum untuk terus berada dalam kelompok empat pasukan teratas Liga Perdana Inggeris dengan menumpaskan Hull City 3-0 pada Ahad.

Kemenangan ini membolehkan Arsenal mengutip 70 mata dari 35 perlawanan dengan baki tiga lagi perlawanan yang harus diharungi musim ini.

Penyerang antarabangsa Jerman, Lukas Podolski menjaringkan gol pada minit ke-45 dan 54 selepas Aaron Ramsey menyumbat golnya yang ke-16 musim ini seawal minit ke-31.

Pengurus Hull, Steve Bruce perlu mencari jalan bagaimana hendak berhadapan dengan Arsenal apabila mereka bertemu kembali dalam final Piala FA pada 17 Mei nanti.

Hull kini kekal di tangga ke-14 liga dengan 10 kemenangan dari 34 perlawanan dan mengutip 36 mata.

Hull: Steve Harper, Ahmed Elmohamady, James Chester, Curtis Davies, Liam Rosenior, David Meyler, Tom Huddlestone, Jake Livermore, George Boyd, Nikica Jelavic, Shane Long, Robert Koren (84'), Matt Fryatt (45'), Stephen Quinn (69').

Simpanan: Maynor Figueroa, Alex Bruce, Eldin Jakupovic, Yannick Sagbo.

Arsenal: Wojciech Szczesny, Bacary Sagna, Per Mertesacker, Laurent Koscielny, Nacho Monreal, Mikel Arteta, Aaron Ramsey, Santi Cazorla, Mesut Ozil, Lukas Podolski, Olivier Giroud, Alex Oxlade-Chamberlain (74'), Mathieu Flamini (61'), Yaya Sanogo (84').

Simpanan:Tomas Rosicky, Lukasz Fabianski, Carl Jenkinson, Kim Kallstrom.

Artikel Lain