Pusat Akuatik London menyaksikan Pandelela meraih pingat perak dalam acara 10 meter platform individu dua tahun lalu.
Pandelela memenangi dua pingat perak dalam acara individu masing-masing pada kejohanan tersebut di Dubai dan Beijing.
Ia juga merupakan kali pertama beliau memperoleh dua pingat perak dalam acara 10 meter platform individu dalam satu musim.
Disifatkan sebagai penerjun wanita terkemuka di China, kehebatan Ruolin sukar digugat pada Sukan Olimpik Beijing 2008 dan Sukan Olimpik di London 2012 dengan memenangi empat pingat emas dalam acara platform individu dan seirama wanita.
Menanti Pandelela pada kejohanan itu juga adalah juara dunia, Si Yajie.
Penerjun China itu hanya berusia 14 tahun itu apabila menewaskan Ruolin pada Kejohanan Dunia di Barcelona tahun lalu.
Ia merupakan kejayaan pertama penerjun muda itu pada kejohanan antarabangsa.
Pandelela turut beraksi cemerlang pada musim ini dan beliau perlu menjadi penerjun terbaik di belakang dua penerjun China itu untuk mengekalkan prestasinya.
Jurulatih kebangsaan, Yan Zhuliang berharap Pandelela boleh mengatasi pencabarnya ketika kembali beraksi di London.
"Tiada sasaran ditetapkan untuknya tetapi saya mahu dia beraksi cemerlang untuk naik ke podium," kata Zhuliang.