suria

Keane Pilihan Van Gaal Sebagai Pembantu Di United

BAKAL pengurus Manchester United, Louis Van Gaal bersedia menjadikan Roy Keane sebagai pembantunya jika diberi tanggungjawab mengendali pasukan berkenaan bagi musim depan.

Pengurus warga Belanda itu kini antara yang disebut-sebut bakal mengisi kekosongan yang ditinggalkan David Moyes selepas pemilik kelab, keluarga Glazer ingin 'menghidupkan' pasukan tersebut yang hambar sejak 10 bulan lalu.

Keane menjadi sasaran Van Gaal apabila pengurusan tertinggi kelab ingin mengambil seorang daripada bekas pemain sebagai pembantu jurulatih United.

Keane, 42, kini merupakan pembantu jurulatih bagi skuad kebangsaan Republik Ireland iaitu dibawah kendalian Martin O'Neill.

Sebelum ini, Keane sempat menimba pengalaman dalam Liga Perdana Inggiers sebagai jurulatih Sunderland.

Bagaimanapun terdapat pihak yang tidak bersetuju dengan kehadiran Keane dan menganggap dia bukan pilihan berbaloi untuk menjadi penolong jurulatih di United.

Ketika krisis pemecatan Moyes pada Selasa, Keane turut mengecam pengurusan United dan meminta pemain bertanggungjawab atas persembahan hambar pasukan dan tidak hanya menghukum jurulatih. 






Manchester united, Roy Keane

Artikel Lain