suria

Frank de Boer Sahkan Tottenham Hubungi Ajax Untuk Dapatkan Khidmatnya

Frank de Boer

PENGURUS Ajax Amsterdam, Frank de Boer pada Selasa mengesahkan yang Tottenham Hotspur telah menghubungi kelabnya berhubung kemungkinan beliau bersedia untuk mengambil alih pengurusan kelab London itu musim depan.

Dalam satu temuramah dengan stesen penyiaran kebangsaan Belanda, NOS, De Boer berkata yang Tottenham telah menghubungi Pengarah Bolasepak Ajax, Marc Overmars berhubung perkara tersebut.

De Boer bagaimana pun menambah yang perhatian dan fokusnya kini hanya tertumpu kepada Ajax sehingga persaingan liga tamat minggu depan.

Ajax telah pun dinobatkan sebagai juara Liga Belanda Ahad lalu.

Ajax adalah kelab pertama yang diurus oleh De Boer, 43.

"Ya saya akan mendengar syor dan cadangan tersebut dan hanya selepas itu saya akan membuat keputusan muktamad," kata Frank de Boer lagi sambil menambah yang beliau berhasrat untuk menjadi sepertimana Brendan Rodgers di Liverpool.

Spurs kini diurus oleh Tim Sherwood selepas kelab itu memecat Andre Villas-Boars Disember tahun lalu.

Sherwood telah mengkritik mereka yang didakwanya sebagai dahagakan kerusi yang disandangnya sekarang.

Berita mengenai apa yang disahkan oleh de Boer ini sudah pastinya akan menyebabkan Sherwood tidak tidur lena dengan Spurs mempunyai baki dua perlawanan sahaja lagi untuk dihabiskan musim ini.

Mereka kini menduduki tangga ke-6 liga dan tidak mungkin akan dapat mengejar Everton dan Arsenal yang berada di tempat ke-5 dan ke-4.

Tempat terakhir untuk layak ke kejohanan Liga Juara-Juara adalah tangga ke-4.

Spurs telah meletakkan sasaran untuk layak ke Liga Juara-Juara musim depan.

Mereka akan menggunakan alasan ini untuk mengantikan Sherwood dengan pengurus lain musim depan.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain