JUARA dua kali, Novak Djokovic bermain habis-habisan untuk menumpaskan pemain muda Milos Raonic pada separuh akhir Terbuka Itali di Rom. Ini adalah perlawanan akhir Djokovic yang kelima di sini. Djokovic, pemain kedua ranking dunia menang 6-7 (5-7) 7-6 (7-4) 6-3 dan akan bertemu sama ada musuh ketatnya di gelanggang, iaitu pemain nombor satu dunia, Rafael Nadal atau Grigor Dimitrov pada lewat Ahad.