suria

Sukma-17: Chan Jie Pecah Rekod Acara Renang 50M Kuak Kupu-Kupu

JUARA... Atlet Selangor, Chan Jie ketika beraksi dalam acara renang 50 meter kuak kupu-kupu lelaki pada Sukan Malaysia (SUKMA) Ke- 17 di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra pada Sabtu.
KANGAR: Perenang Selangor Chan Jie berjaya memecahkan rekod acara 50m kuak kupu-kupu lelaki pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-17 di Pusat Akuatik, Kompleks Tuanku Syed Putra di sini, Sabtu.

Chan Yie, 19, dan abangnya, Chan Yang, 20, masing-masing meraih pingat emas dan perak dengan mencatatkan rekod, 25.13s dan 25.22s, masing-masing.

Lebih menarik lagi, pemegang pingat gangsa Alwyn Tan (Pulau Pinang) dengan rekod 25.34s turut mengatasi rekod kejohanan terdahulu, 25.76s, yang dipegang oleh perenang Selangor Foo Jian Peng pada Sukma Terengganu.

Terdahulu pada sesi saringan, Chan Yie turut mengatasi rekod kejohanan bagi acara tersebut dengan catatan masa 25.36s.

"Saya memang menduga yang saya akan memecahkan rekod acara ini. Selepas memecahkan rekod di peringkat saringan, saya meletakkan sasaran memecahkan rekod pada pusingan akhir acara tersebut.

Chan Yie yang bergandingan bersama Shaun Yap /Lim Tsui Khoon/Yeap Zheng Yang mencatatkan masa 3:30.39s turut memecahkan rekod kejohanan 3:34.11s dalam acara 4x100m gaya bebas.

Chan Yie turut meraih pingat emas acara 4x100m rampaian serta pingat gangsa acara 100m gaya bebas.

Sementara itu, Penolong Jurulatih Renang Selangor, Ong Jin Kooi berkata beliau sudah mensasarkan perenangnya akan memecahkan dua rekod kejohanan itu kerana pada sesi latihan mereka telah mengatasi rekod berkenaan.

Skuad renang Selangor telah mencapai sasaran tujuh pingat yang diletakkan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) Selangor apabila berjaya merangkul sembilan pingat emas.

"Kami mahu mengekalkan prestasi sebagai pasukan yang meraih pingat emas terbanyak di Sukma pada tahun-tahun akan datang dan saya harap para perenang dapat memperbaiki prestasi mereka.

Acara yang menghasilkan pingat emas ialah 4x100m gaya bebas wanita, 4x100m gaya bebas lelaki, 4x100m rampaian wanita, 4x100m rampaian lelaki, 50m kuak dada lelaki, 50m kuak kupu-kupu wanita, 50m kuak kupu-kupu lelaki, 200m kuak dada wanita dan 50m kuak lentang wanita.
Sukma-17, Renang

Artikel Berikut

Artikel Lain