SEJAK Piala Dunia Di Afrika Selatan pada tahun 2010, ramalan binatang terhadap perlawanan yang berlangsung menjadi fenomena di serata dunia. Berikutan itu, bagi Piala Dunia di Brazil kali ini, fenemena ramalan binatang itu terus menjadi perhatian dan dilakukan oleh negara yang terlibat. Saksikan himpunan gambar ramalan binatang oleh mStar Online - Penduduk di Colombia membuat ramalan dengan mengenakan jersi Brazil pada kambing peliharaan yang melibatkan perlawanan antara negara itu menentang pasukan tuan rumah. Penduduk Thailand menggunakan gajah untuk membuat ramalan mengenai juara Piala Dunia Brazil. Ramalan seekor burung mengenai kemenangan England ke atas Itali telah membuatkan penyokong England bersedia untuk menyembelihnya jika ditemui kerana dalam perlawanan itu skuad Roy Hodgson tewas. Penguin Gentoo di Pusat Hidupan Laut Birmingham meramalkan keputusan perlawanan England menentang Itali akan berakhir dengan seri. Segelintir peminat bola sepak di Jepun menggunakan ikan untuk membuat ramalan terhadap perlawanan dalam Piala Dunia Brazil. Ramalan sotong gergasi yang menjadi kenyataan pada Piala Dunia 2010 antara dorongan hidupan laut itu terus menjadi bahan ramalan dan sotong di Berlin kali ini turut berjaya meramalkan Jerman memenangi perlawanan menentang Portugal baru-baru ini. Peminat bola sepak di Jepun juga menggunakan sotong untuk membuat ramalan. Peminat bola sepak di China kini sering merujuk kepada ramalan seekor panda yang didakwa tepat dan membawa keuntungan kepada 'kaki judi'. Seekor penguin di Afrika meramalkan kemenangan Jepun ketika menentang Ivory Coast.