Pasukan tuan rumah terlebih dahulu berada di depan menerusi jaringan Raheem Sterling seawal minit ke-23.
Namun, Southampton yang kehilangan beberapa pemain tonggak musim ini bangkit menyamakan kedudukan menerusi Nathaniel Clyne pada minit ke-56.
Penyerang England, Daniel Sturridge membuktikan kemampuannya selaku peledak utama The Reds apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-79.
Musim lalu, Liverpool menamatkan saingan liga di tempat kedua, ketinggalan dua mata di belakang Manchester City.