suria

Manchester City Menang Bergaya, Atasi Newcastle

Aguero menjaringkan gol kedua Manchester City.

NEWCASTLE: Penyandang juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City memulakan kempen musim ini dengan penuh bergaya apabila menewaskan Newcastle United 2-0 di St James Park, awal pagi Isnin.

Dalam perlawanan itu, Manchester City membuka tirai jaringan pada minit ke-37 yang dihasilkan menerusi gerakan Edin Dzeko yang melepaskan lorongan cantik sebelum disudahkan David Silva.

[ Type in your image caption here ]

Silva (kanan) membuka jaringan awal untuk Manchester City.

Penyerang Argentina, Sergio Aguero menjaringkan gol kedua Manchester City pada minit ke-92.

Kemenangan itu menghadiahkan tiga mata kepada skuad bimbingan Manuel Pellegrini.

Manchester City kini menduduki tempat pertama manakala Arsenal di tempat kedua dan Liverpool, ketiga.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

The Reds Langkah Kanan

Artikel Lain