ARSENAL dan Manchester United perlu mengeluarkan belanja sebanyak £40 juta jika pasukan tersebut ingin mendapatkan Douglas Costa. Pemain kelahiran Brazil berusia 23 tahun yang belum pernah mewakili skuad kebangsaan dan bebas untuk diberi kerakyatan lain dikaitkan dengan pemindahan ke Stadium Emirates dan Old Trafford. Selain itu, kelab gergasi Itali, AC Milan turut dilaporkan berminat terhadap Costa. Menurut laporan Daily Star, Shakhtar Donetsk meletakkan harga setinggi £40 juta kepada kelab yang mahukan khidmat Costa. Setakat ini juga pengendali Manchester United, Louis van Gaal mengumumkan untuk menambah lebih ramai pemain baharu selepas skuadnya tewas kepada Swansea 1-2 di laman sendiri. Berikutan itu, United dijangka akan berusaha mendapatkan pemain terbabit berbanding Arsenal.