suria

Sukan Asia: Fatehah Terlepas Pingat Gangsa

INCHEON: Pelumba trek wanita negara Fatehah Mustapa terlepas pingat gangsa dalam acara pecut individu pada temasya Sukan Asia ke-17 di Velodrom Antarabangsa Incheon pada Khamis.

Fatehah tewas 0-2 kepada Lin Junhong dari China pada penentuan tempat ketiga dan keempat.

Pertembungan Fatehah dan Lin berlangsung tiga pusingan ekoran kemenangan pelumba China itu pada pusingan kedua dibatalkan kerana menghalang Fatehah pada perlumbaan kedua.

Pingat emas dimenangi pelumba Hong Kong Lee Wai Sze yang menewaskan pelumba China Zhong Tianshi 2-1 pafa final.

Pertembungan final turut berlangsung tiga pusingan kerana pelumba China menghalang lawannya.

Pasukan berbasikal trek negara menyumbang satu pingat perak dan satu gangsa dalam acara keirin lelaki dan wanita menerusi Fatehah dan Josiah Ng. 

basikal, Sukan Asia, Fatehah

Artikel Berikut

Artikel Lain