REAL MADRID dilapor sedang menggandakan usaha bagi mendapatkan Raheem Sterling pada musim depan. Ia susulan daripada tindakan pengendali kelab gergasi Sepanyol tersebut, Carlo Ancelotti yang menyenaraikan bintang Liverpool terbabit di kedudukan teratas pemain yang diperlukan untuk musim depan. Real selain itu turut yakin mampu mendapatkan Strerling selepas menyedari bahawa Liverpool tidak melanjutkan kontrak pemain berkenaan ke satu tempoh yang panjang. Malah pemain tengah itu juga tidak diberi kenaikkan gaji yang mampu mengugat 'ancaman' daripada kelab gergasi Eropah. Difahamkan pemain berusia 19 tahun itu kini menerima gaji sebanyak £30,000 seminggu menerusi pakej yang akan tamat pada 2017. Jumlah tersebut menjadikan Sterling sebagai pemain yang menerima gaji terendah di Liverpool walaupun aksinya banyak membantu skuad Brendan Rodgers. Jika Real terus mendesak Liverpool, Sterling dijangka akan menerima kenaikkan gaji sehingga 10 kali ganda.