Skuad bimbingan jurulatih Mohd Nasihin Nubli Ibrahim gagal menepati sasaran Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) sebelum ini serta gagal mengatasi rekod pencapaian terbaik pingat gangsa pada Sukan Asia edisi 1982 di New Delhi.
"Saya percaya semua pemain telah melakukan persembahan terbaik mereka, namun kita tidak ada rezeki," kata Mohd Nasihin.
Srikandi hoki negara menduduki tempat ketiga dengan tiga mata di belakang juara kumpulan, China, yang juga juara bertahan, yang mengumpul sembilan mata diikuti India dengan enam mata.
Dalam Kumpulan B, South Korea muncul juara kumpulan diikuti Jepun, Kazakhstan dan Hong Kong.
Pada saingan separuh akhir, Isnin ini, China akan menentang Jepun manakala Korea Selatan berdepan dengan India.
Malaysia akan menentang Kazazkhstan dalam perlawanan penentuan tempat kelima hingga kelapan pada 1 Oktober ini.
Dalam saingan peringkat kumpulan, skuad negara hanya menang satu perlawanan iaitu 2-1 ke atas Thailand, kalah 1-0 kepada China dan 6-1 kepada India.