suria

Trio Memanah Jumpa China Di Final

Dari kiri: Khairul Anuar Mohamad, Atiq Bazil Bakri dan Haziq Kamaruddin layak ke pusingan akhir.
INCHEON: Skuad memanah recurve negara hanya selangkah lagi untuk memahat sejarah merangkul pingat emas Sukan Asia apabila mara ke final acara berpasukan lelaki pada edisi ke-17 di Lapang Memanah Gyeyang di sini.

Pada aksi separuh akhir hari ini (Jumaat), trio negara yang diketuai pemanah berpengalaman, Khairul Anuar Mohamad, Atiq Bazil Bakri dan Haziq Kamaruddin mempamerkan panahan konsisten untuk menundukkan Jepun 5-1.

Ternyata skuad Jepun diwakili Takaharu Furukawa, Hideki Kukuchi dan Shohei Ota gagal menandingi kemampuan skuad negara yang bakal bertemu China di pentas final, Ahad ini.

Terdahulu, China, yang dibarisi Gu Xuesong, Qi Kaiyao danm Yong Zhiwei, mengejutkan juara bertahan Korea Selatan.

Dalam pada itu, dalam acara individu pula, Khairul Anuar gagal meneruskan cabaran apabila tewas tipis kepada pemanah Jepun Hideki Kukuchi.

Pertemuan dua pemanah ini terpaksa ditentukan dengan 'shoot-off' apabila terikat pada kedudukan 5-5, namun kemenangan berpihak kepada pemanah Jepun.


memanah recurve, trio negara, China

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Fatehah Azam Buru Kilauan Emas

Artikel Lain