INCHEON: Datuk Lee Chong Wei gagal ke final badminton perseorangan lelaki Sukan Asia apabila tewas kepada musuh tradisinya, Lin Dan. Pada kejohanan terakhir buat Chong Wei itu, jaguh negara dikalahkan 20-22, 21-12, 9-21 oleh pemain China itu. Perlawanan separuh akhir itu menghancurkan impian Chong Wei untuk memburu pingat emas untuk negara.