KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengesahkan legenda badminton, Morten Frost Hansen akan kembali berkhidmat bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM). Menurut Khairy, beliau sudah mengadakan pertemuan dengan Morten Frost dan bekas juara Seluruh England itu bersetuju untuk kembali pada Mac tahun depan. Katanya, Morten Frost akan dilantik selaku Pengarah Teknikal BAM. Badan induk itu turut bersetuju dengan pelantikan tersebut memandangkan kos untuk mendapatkan khidmat pakar dari Denmark itu akan diserap oleh pihak kementerian.