suria

F1: Hamilton Catat Kemenangan Kelima Berturut-Turut Di Austin

Hamilton berpeluang meraih gelaran juara dunia buat kali kedua pada perlumbaan akhir di Abu Dhabi 21 November ini.

AKSI pantas pelumba Mercedes sukar dihalang lagi selepas menjuarai perlumbaan Grand Prix Formula 1 Amerika Syarikat sekaligus mencatat kemenangan kelima berturut-turut dan trofi kejuaraan kesepuluh musim ini.

Pelumba Britain (316 mata) itu mengatasi rakan pasukannya Nico Rosberg dengan kelebihan 24 mata, berbaki dua lagi perlumbaan, di Brazil dan Abu Dhabi.

"Secara keseluruhan ia satu musim yang menakjubkan," jelas Hamilton.

 Biarpun Rosberg memulakan perlumbaan di petak pertama, Hamilton bijak menggunakan peluang memintas pelumba Jerman itu ketika di Turn 12 ketika lap yang ke-24.

"Satu situasi yang teruk, namun itulah hakikatnya. Saya terpaksa mengambil sedikit masa untuk mencari rentak.

"Namun ia sudah terlambat kerana Lewis sudah ada di depan saya," jelas Rosberg.

Kemenangan ini menjadikan Hamilton pelumba ketiga selepas Michael Schumacher dan Sebastian Vattel serta mencatat rekod bukan pelumba Jerman yang pertama menjuarai 10 perlumbaan dalam satu musim.

Malah dia juga pelumba Britain yang ketiga yang menjuarai perlumbaan lima kali berturut-turut selepas Jim Clark dan Nigel Mansell.

Lebih menarik, Hamilton antara pelumba yang paling berjaya di Britain dengan mencatat kemenangan keseluruhan 32 perlumbaan.

"Ia satu penghargaan buat saya mewakili negara dan menjadi pelumba teratas. Jentera berada dalam keadaan sempurna pada perlumbaan ini," katanya.


Senarai penuh kedudukan pelumba pada perlumbaan di Litar Austin:

1. Lewis Hamilton - Mercedes 1:40:04.785

2.Nico Rosberg - Mercedes +4.314 Sec 

3.Daniel Ricciardo - Red Bull +25.560 Sec

4.Felipe Massa - Williams +26.924 Sec

5.Valtteri Bottas - Williams +30.992 Sec

6.Spain Fernando Alonso - Ferrari +1:35.231 Sec

7.Sebastian Vettel - Red Bull +1:35.734 Sec

8.Kevin Magnussen - McLaren +1:40.682 Sec

9.Pastor Maldonado - Lotus +1:47.870 Sec

10.Jean-Eric Vergne - Toro Rosso +1:48.863 Sec

11.Romain Grosjean - Lotus 

12.Jenson Button - McLaren 

13.Kimi Raikkonen - Ferrari

14.Esteban Gutierrez - Sauber

15.Daniil Kvyat - Toro Rosso

16.Nico Hulkenberg - Force India

17.Sergio Perez - Force India

18.Adrian Sutil - Sauber



Lewis Hamilton, Mercedes, F1

Artikel Sebelum

Van Gaal Gelar Smalling Bodoh

Artikel Berikut

Artikel Lain