Pemain kelahiran Pulau Pinang berusia 34 tahun itu tumpas kepada pemain Afrika Selatan, Stephen Coppinger 5-11, 6-11 dan 6-11 dalam perlawanan yang berlangsung di gelanggang kaca di Kompleks Tenis dan Skuasy Antarabangsa Khalifa.
Copppinger bagaimanapun menghadapi tugas sukar menentang pilihan ke-10 iaitu pemain Mesir Tarek Momen pada pusingan ketiga pada Selasa.
Pemain Mesir berusia 26 tahun itu sebelumnya diberi tentangan sengit oleh pemain England, Tom Richards sebelum menang dalam perlawanan yang berlanjutan hingga empat set 9-11, 11-6, 11-6 dan 11-7 dalam masa 53 minit.