Katanya beliau berpuas hati dengan kerjasama semua pihak termasuk jaguh badminton negara itu dalam membuat persiapan terbaik bagi kes tersebut.
"Setakat ini kita masih lagi dalam proses mengumpul bahan-bahan persediaan bagi proses pendengaran nanti, pihak peguam (Mike Morgan), BAM dan Chong Wei sedang berkerjasama dalam menyediakan bukti kukuh sebelum proses pendengaran itu nanti.
"Saya telah mendapatkan beberapa respons daripada Morgan tetapi belum masanya saya maklumkan kepada media kerana kami masih dalam proses persediaan kes terbaik," katanya kepada kepada pemberita pada majlis penyerahan cek Bank Islam Berhad kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di sini, Isnin.
Chong Wei kini digantung sementara waktu oleh BWF selepas didapati positif menggunakan bahan terlarang 'dexamethasone' ketika beraksi dalam Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark, Ogos lepas.