CRISTIANO RONALDO tiba di Manchester pada Ahad untuk beraksi di Old Trafford dalam perlawanan persahabatan antara Portugal menentang Argentina. Lebih menarik, dalam perlawanan itu, Ronaldo akan bertemu pesaingnya, Lionel Messi yang bakal mengetuai skuad naib juara Piala Dunia. Ketibaan bekas pemain United itu bukan sahaja bagi menghadiri perlawanan persahabatan tetapi dilihat sebagai kepulangan ke gelanggang keramat yang telah melonjak namanya. Pertembungan kali ke-27 bagi Ronaldo dan Messi itu merupakan yang kedua berlangsung di gelanggang Liga Perdana Inggeris. Javier Mascherano (kiri), Messi dan Angel di Maria. Ronaldo pada Jumaat berjaya membantu Portugal menewaskan Armenia manakala Messi menjadi tonggak kepada kemenangan Argentina keatas Croatia.