EJEN David De Gea iaitu Jorge Mendes mengesahkan bahawa penjaga gol itu akan kekal di Old Trafford dan telah bersedia untuk menandatangani kontrak baharu. Pemain kebangsaan Sepanyol itu menyertai United dari Atletico Madrid pada 2011 dan berjaya meletakkan dirinya sebagai antara penjaga gol terbaik dunia ketika ini. De Gea sebelum ini dikhabarkan akan ke Real Madrid menerusi yuran perpindahan tertinggi selepas mengharungi 158 penampilan di Liga Perdana Inggeris. Bagaimanapun Mendes mengesahkan bahawa penjaga gol berusia 24 tahun itu tidak akan meninggalkan United dalam tempoh terdekat. "De Gea mempunyai baki kontrak selama setahun lagi dan saya fikir dia akan kekal di United. "Keputusan itu akan diputuskan sendiri oleh pemain, tetapi dia gembira di sini, buat masa ini," katanya.