suria

Cristiano Ronaldo Pemain Terhebat Liga Perdana Inggeris

CRISTIANO RONALDO diundi sebagai pemain terhebat Liga Perdana Inggeris dalam satu tinjauan yang dilakukan oleh Persatuan Penulis Sukan.

Ronaldo yang baru menyambut ulang tahun kelahiran keli ke-30 pada Selasa, diundi untuk berada di depan Thierry Henry dan Ryan Giggs, walaupun hanya enam tahun beraksi di Liga Perdana Inggeris.

Ronaldo yang berasal dari Portugal dibawa oleh Sir Alex Ferguson ke Manchester United pada 2003, sebelum berhijrah ke Real Madrid pada 2009.

Sepanjang mewakili United, Ronaldo pernah memenangi Piala Liga Perdana Inggeris sebanyak tiga kali, Piala Liga Juara-juara Eropah dan Piala FA.

Ketika di Old Trafford juga, Ronaldo berjaya menghasilkan 118 gol daripada 292 penampilan.

Undian yang dibuat oleh seramai 1,000 pengguna dalam talian itu turut diberikan pilihan pemain seperti Eric Cantona, Gianfranco Zola, Dennis Bergkamp, Steven Gerrard, Alan Shearer, Roy Keane and Patrick Vieira. 


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Mourinho Bakal Dihukum Lagi

Artikel Lain