suria

Eden Hazard Tandatangan Kontrak Baru Bernilai £200,000 Seminggu

Hazard (tengah) menandatangani kontrak baru bersama Chelsea sambil diperhatikan oleh Setiausaha Kelab, David Barnard dan Pengarah Chelsea, Marina Granovskaia, pada Khamis, 12 Februari 2015.

> Hazard akan terus kekal selama lima tahun lagi bersama Chelsea

> Pemain sayap Belgium itu kini menerima bayaran gaji yang hampir sama dengan Wayne Rooney

PEMAIN sayap Chelsea, Eden Hazard akan dibayar gaji sebanyak £200,000 seminggu iaitu sama banyak sepertimana yang diterima oleh Wayne Rooney selepas dia menandatangani kontrak baru bernilai £57 juta untuk tempoh lima tahun.

Hazard, 24, telah pun menjaringkan 13 gol untuk Chelsea dalam semua pertandingan musim ini.

Pengurus Chelsea, Jose Mourinho berkata, keputusan Hazard untuk menandatangani kontrak jangka panjang dengan kelab itu menunjukkan betapa dia meletakkan kepercayaan yang tinggi ke atas pihak pengurusan dan kejurulatihan dalam usaha mereka membentuknya sebagai salah seorang pemain terbaik dunia.

"Dia telah pun menjadi salah seorang pemain terbaik dunia buat masa ini dan evolusi yang dicapainya sangat memberansangkan dan dia masih muda dan mampu menjadi lebih baik," ujar pengurus yang berasal dari Portugal itu.

Hazard adalah pemain muda terbaik Persatuan Pemain-Pemain Bolasepak Profesional musim lalu.

Dia menyertai Chelsea pada 1 Julai 2012 dari kelab Perancis Lille.

Hazard bermain mewakili Lille selama lapan tahun iaitu sejak remaja.

Artikel Lain