suria

Bertafakur Seminit Bagi Memperingati Allahyarham Hasbullah Awang - FAM

KUALA LUMPUR: Semua perlawanan bola sepak Liga Perdana dan Liga Super pada esok dan Sabtu ini akan dimulakan dengan bertafakur seminit bagi memperingati pengulas sukan tersohor negara Allahyarham Datuk Hasbullah Awang.

"Semua perlawanan Liga Perdana dan Liga Super minggu ini akan dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah dan bertafakur selama seminit bagi memperingati arwah Datuk Hasbullah Awang," katanya Setiausaha Agung, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin dalam kenyataan pada Khamis.

Liga Perdana pada Jumaat melibatkan enam perlawanan manakala Liga Super, Sabtu ini, juga melibatkan enam perlawanan.

Hasbullah, 63, yang menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) disini akibat komplikasi jantung sejak 4 Februari lepas, meninggal dunia pada 12.20 tengah hari ini.

Beliau meninggalkan isteri Datin Hazida Alang Ahmad, 58, empat anak serta tujuh cucu. 

Hasbullah Awang, FAM

Artikel Lain