suria

Raheem Sterling Tinggalkan Liverpool?

LIVERPOOL yakin Raheem Sterling tidak merancang untuk meninggalkan kelab tersebut dan akan menandatangani kontrak baharu dalam tempoh terdekat.

Pelbagai spekulasi mengenai masa depan Raheem Sterling wujud apabila pemain muda itu dilapor enggan menurunkan tandatangan di atas kontrak barunya.

Perkara itu turut diakui oleh Pengerusi Liverpool, Tom Werner yang kemudian yakin penyerang England berusia 20 tahun itu akan melanjutkan kontrak dalam tempoh terdekat.

Ketika dipersoal tahap keyakinan Werner, jawabnya," Saya hanya boleh berkata bahawa saya berharap perjanjian ini dapat diputuskan secepat mungkin.

"Jelas sekali bahawa Sterling amat penting bagi kami, dia pemain yang luar biasa.

"Saya ingin memberitahu... saya yakin kami akan mendapat persetujuan daripada semua pihak dan menyelesaikan urusan ini."

Liverpool

Artikel Lain