JOSE MOURINHO mendakwa perlawanan akhir Piala Capital One pada Ahad sangat penting untuk kariernya sebagai jurulatih. Hal ini kerana jurulatih kelahiran Portugal itu tidak memenangi sebarang piala sejak tiga tahun lalu. "Perlawanan akhir ini merupakan perlawanan akhir penting untuk karier saya. Lebih penting daripada Liga Juara-juara Eropah dan lebih penting daripada perlawanan akhir yang pernah saya hadapi sebelum ini. "Sekarang saya hanya memikirkan untuk menang dalam perlawanan akhir pada Ahad ini sahaja, tiada yang lain," katanya. Chelsea akan bertemu Tottenham Hotspurs dalam perlawanan akhir Piala Capital One pada Ahad ini di Stadium Wembley. Sejak kembali membimbing Chelsea, Mourinho gagal memenangi sebarang piala untuk skuad tersebut. Malah, tahun ini juga akan menjadi pengukur masa depan jurulatih yang digelar 'The Special One' itu.