suria

Tenis BMW: Dua Pemain Harungi Cuaca Berbeza Mara Ke Separuh Akhir

Dulgheru mara ke aksi separuh akhir bertemu pemain Australia, Gajdosova pada Sabtu.

KUALA LUMPUR: Perlawanan suku akhir di antara pemain pilihan keenam dari Jepun, Kurumi Nara menentang pemain Australia Jarmila Gajdosova (4) terpaksa dihentikan ketika pada minit ke-42 permainan apabila hujan lebat melanda di Kelab Golf Diraja Selangor (RGCS) pada petang Jumaat.
   

Pun begitu Gajdosova sebelum itu berjaya menguasai set pertama dengan keputusan 6-4 sebelum Nara mengungguli kemenangan 6-3 sebaik sahaja perlawanan set kedua bersambung.

Namun Gajdosova kembali menemui rentak selepas hilang fokus pada set kedua dengan memastikan kemenangan penentuan ke separuh akhir ini berpihak kepadanya dengan merakamkan keputusan 6-4.

Gajdosova bakal bertemu pemain Romania, Alexandra Dulgheru yang turut mencatat kemenangan ke atas pemain pilihan dari Jerman, Julia Goerges 7-6 7-5 dalam aksi pembukaan suku akhir.

“Secara jujurnya saya tidak percaya boleh menang  ‘straight set’ ke atas Goerges. Cuaca amat panas sebelum menjelang petang dan kami berdua amat letih. 

“Saya cuba mempamerkan rentak yang agak perlahan untuk mengumpulkan tenaga dan memberi fokus sepenuhnya memandangkan Goerges tampil dengan corak permainan yang lebih baik.

"Saya juga cuba mencatat mata satu persatu dan elak membuat kesilapan sebelum memastikan kemenangan berada di tangan saya.

“Bagi perlawanan separuh akhir nanti, saya akan cuba mengekalkan fokus untuk berdepan dengan Gajdosova,” jelas Dulgheru selepas perlawanan.

suku akhir, Terbuka Malaysia BMW

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan