suria

Tenis BMW: Pasangan Ukraine Mara Ke Final, Singkir Pilihan Utama

Aksi Beygelzimer (kiri) dan Savchuk pada saingan separuh akhir Sabtu.
KUALA LUMPUR: Pasangan Ukraine, Yuliya Beygelzimer dan Olga Savchuk hanya selangkah ke final beregu Terbuka Malaysia BMW selepas menang bergaya 6-1, 6-1 ke atas pilihan utama, Jurak Darija dan Klara Koukalova pada saingan di Kelab Golf Diraja Selangor (RSGC) pada Sabtu.

Beygelzimer-Savchuk memerlukan hanya 50 minit untuk mengetepikan lawan mereka dari Croatia dan Republik Czech itu. 

Menanti mereka di final Ahad adalah wakil China Wang Yafan dan Liang Chen.

Wang dan Liang menjadi gandingan pertama mara ke pusingan penentuan kejuaraan selepas mereka membenam cabaran kombinasi Taiwan-China Chang Kai-Chen and Zheng Saisai dalam satu lagi separuh akhir pada Jumaat.

Savchuk menegaskan dia dan Beygelzimer amat mengkagumi keupayaan pasangan China itu.

"Kami menjangkakan perlawanan yang sukar. China melahirkan ramai pemain yang hebat  dan tahap permainan juga mantap, terutamanya dalam acara beregu. 

"Setiap mereka mempunyai corak permainan yang berbeza, jadi agak sukar untuk kami menjangkakan cabaran yang bakal diharungi. Belgelzimer dan Sachuk kerap berganding dan kombinasi mereka telah menghasilkan satu kejuaraan di Terbuka Katowice di Poland tahun lalu.

"Mereka bertandang ke Kuala Lumpur selepas dengan misi untuk menebus duka selepas kecundang seawal pusingan pertama di Terbuka Qatar di Doha dua minggu lalu.

"Selagi jadual mengizinkan, kami akan cuba bergandingan bersama-sama. Kunci kekuatan kami adalah keserasian dan yakin akan terus memberi persembahan terbaik," jelas Savchuk.

Tenis Terbuka Malaysia

Artikel Sebelum

Keputusan Liga Super 2015

Artikel Lain