Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, Jawatankuasa Undang-Undang FAM akan membuat tindakan susulan sekiranya mereka memperolehi maklumat mengenai insiden berkenaan daripada komisar perlawanan.
"Saya belum mendapat laporan perlawanan berkenaan dan baru sahaja mengetahui kejadian tersebut hari ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat pengurus pasukan kumpulan I Pusingan Kelayakan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Bawah 23 2016 di sini, Khamis.
"Sekiranya ada laporan, mereka (Jawatankuasa Undang-Undang FAM) akan mengambil tindakan yang sewajarnya. Selagi tidak mendapat laporan, saya tidak berani hendak buat komen lanjut," katanya.
Menurut laman Facebook, salah seorang penyokong Pulau Pinang mendakwa jurulatih penjaga gol Kelantan, Halim Napi dikatakan bertindak menampar salah seorang pemain pasukan tuan rumah sehingga menimbulkan kekecohan ntara pemain kedua-dua pasukan.
Perlawanan berkenaan berkesudahan seri 2-2.