KHABAR angin kini bertiup kencang mengenai Kelab AC Milan akan dijual kepada ahli perniagaan China, namun pemiliknya, Silvio Berlusconi menyangkal laporan tersebut. Menurut laporan, jutawan Asia yang dikenali sebagai Zong bercadang untuk membeli sebahagian besar kelab tersebut, ahli perniagaan terkemuka itu menafikan kenyataan tersebut. "Kami tidak berhasrat untuk memasuki dunia bola sepak dan tidak pernah membuat apa apa perbincangan dengan pihak Ac Milan," kata Zong menerusi blog rasminya Sina Weibo. Zong juga menerangkan syarikatnya akan membida kelab di dalam negara itu dan bukan kelab dari luar. "Jika kami ingin membeli sesebuah kelab, kami hanya akan memilih kelab di dalam negara sahaja," kata beliau.