MANCHESTER City dilapor akan melantik ketua jurulatih Napoli, Rafael Benitez bagi menggantikan Manuel Pellegrini pada musim depan selepas kelab itu gagal mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris yang dimenangi musim lalu. Bagaimanapun pelantikan itu hanya bersifat sementara iaitu selama setahun kerana City ingin menawarkan jawatan tersebut kepada Pep Guardiola. Difahamkan, keputusan untuk memecat Pellegrini telah diputuskan selepas kelab milik jutawan Arab itu tewas kepada Manchester United pada Ahad. Lebih memalukan City, pasukan tersebut gagal memenangi sebarang piala pada musim ini walaupun mengeluarkan belanja tinggi untuk membawa masuk beberapa pemain. Selain itu, nama Carlo Ancelotti juga disebut akan ditawarkan jawatan jurulatih City sekiranya dia meninggalkan Real Madrid pada akhir musim ini.