suria

GP Bahrain: Hamilton Kumpul Trofi Juara Ketiga Di Manama

PELUMBA Mercedes, Lewis Hamilton terus membuktikan jenteranya paling pantas dengan melakarkan kemenangan ketiga perlumbaan Formula Satu (F1) musim ini di Manama, awal pagi Isnin.

Hamilton mencatat masa terpantas 1:35:05.809s di depan pelumba Ferrari,  Kimi Raikkonen, manakala rakan sepasukannya Nico Rosberg menamatkan saingan di tempat ketiga.

Sebelum itu, Rosberg yang dilihat mampu menamatkan perlumbaan di belakang Hamilton terpaksa akur selepas mengalami masalah brek di Turn 1 ketika perlumbaan hanya berbaki dua lap, sekaligus membenarkan Raikkonen mendahului sehingga ke garisan akhir.

"Kamu tidak pernah gembira apabila menamatkan perlumbaan di tempat kedua kerana terlepas beberapa lap tetapi akhirnya kami berpuas hati dengan keputusan hari ini.

"Saya gembira dengan kerjasama pasukan dan kini kami sudah ada petunjuk untuk terus bersaing," jelas Raikkonen.

Sebagai rekod, Hamilton telah berjaya merekodkan gelaran juara musim ini sebanyak tiga kali daripada empat pusingan - GP Australia, GP China dan GP Bahrain. Manakala pusingan kedua GP Malaysia, pelumba Britain ini meraih tempat kedua di belakang pelumba Ferrari, Sebastian Vettel bulan lalu.


Keputusan Grand Prix Bahrain

1. Hamilton (Mercedes); 2. Raikkonen (Ferrari); 3. Rosberg (Mercedes); 4. Bottas (Williams); 5. Vettel (Ferrari); 6. Ricciardo (Red Bull); 7. Grosjean (Lotus); 8. Perez (Force India); 9. Kvyat (Red Bull); 10. Massa (Williams); 11. Alonso (McLaren); 12. Nasr (Sauber); 13. Hulkenberg (Force India); 14. Ericsson (Sauber); 15. Maldonado (Lotus); 16. Stevens (Manor); 17. Merhi (Manor).

GP Bahrain, Lewis Hamilton

Artikel Sebelum

Keputusan Piala FA Inggeris

Artikel Berikut

Artikel Lain