suria

PBNJ Bakal Salur Lebih Banyak Dana Untuk Pembangunan Bola Sepak

Tunku Ismail Sultan Ibrahim

KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) bakal menyalurkan lebih banyak dana untuk pembangunan dan infrastruktur bolasepak di negeri berkenaan bagi memastikan program pembangunan berterusan di peringkat akar umbi.

Presiden PBNJ, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata sebagai permulaan, sebuah akademi bola sepak di Kulaijaya akan beroperasi dalam tempoh tiga bulan terdekat selain mengadakan pusat latihan khas 'football nauts'.

Baginda berpandangan 'memiliki piala adalah lebih kepada simpanan memori' dan menyifatkan bukan keputusan atau pencapaian menjadi keutamaan namun yang lebih penting, kesemua aspek pencapaian, keputusan, infrastruktur serta pembangunan bola sepak boleh kekal selamanya.

"Kejayaan setiap tahun dalam semua aspek perlu konsisten seiring dengan pencapaian dan infrastruktur sedia ada seperti yang dinasihatkan oleh Borussia Dortmund (BVB)," demikian menurut baginda dalam status terkini laman Facebook rasmi JDT, Johor Southern Tigers, Rabu.

"Contohnya seperti stadium, akademi dan padang latihan yang mana pasukan-pasukan Johor Darul Ta'zim akan memiliki satu tempat khusus untuk latihan bagi setiap pasukan," jelas Tunku Ismail.

Baginda berkata pasukan-pasukan JDT II, III, IV dan V akan berlatih di akademi berkenaan yang mempunyai 18 buah padang latihan manakala skuad Liga Super JDT akan kekal menggunakan pusat latihan sedia ada di Padang Seri Gelam, Johor Baharu.

TMJ, PBNJ, Dana

Artikel Lain