JUARA bertahan, Maria Sharapova terkeluar daripada saingan selepas tewas straight set kepada Lucie Safarova dalam aksi pusingan keempat Terbuka Perancis pada Isnin. Sharapova yang sebelum ini berjaya mara ke final sebanyak tiga kali dan dua kali bergelar juara 2012, 2014 terpaksa akur dengan kejutan 7-6(7/3) 6-4. Pemain pilihan kedua itu cuba untuk bangkit pada set kedua selepas ketinggalan 0-3 dan berjaya mendapat dius ketika membuat pukulan servis pada kedudukan 4-5. Namun selepas itu dia melakukan kesilapan berturut-turut yang memberi mata kepada pemain pilihan ke-13 dari Republik Czech itu. Safarova tidak pernah mara ke kelompok 16 pemain terakhir dan kini dia meraikan kegembiraannya mara ke saingan suku akhir. "Ia satu perlawanan luar biasa. Saya tidak pernah mengalahkan dia sebelum ini dan sudah tentu sangat teruja untuk berada di gelanggang utama. "Saya akan cuba kekalkan rentak hari ini dan melakukan yang terbaik pada perlawanan seterusnya," jelas Safarova. Safarova bakal bertemu pemain Sepanyol, Garbine Muguruzu yang telah menewaskan pemain Itali Flavia Pennetta sebelum ini. Keputusan penuh pusingan keempat pada Isnin: Lucie Safarova (Czech Republic) mn Maria Sharapova (Russia) 7-6(3) 6-4 Garbine Muguruza Blanco (Spain) mn Flavia Pennetta (Italy) 6-3 6-4