suria

Sukan SEA: Beregu Ping Pong Wanita Raih Pingat Pertama Negara

Aksi Lee Rou You (kanan) dan Ho Ying dalam saingan separuh akhir. Foto: S.S KANESAN/ The Star

SINGAPURA: Beregu wanita negara Ho Ying dan Lee Rou You terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa apabila tersingkir di pusingan separuh akhir acara ping pong pada Sukan SEA Singapura di StadiumTertutup Singapura di sini, Selasa.

Penampilan pemain naturalisasi Singapura, Feng Tianwei yang bergandingan dengan Yu Mengyu nyata sukar digugat apabila mudah mengalahkan Ho Ying dan RouYou 11-9, 11-7, 11-8 dan 11-4.

Pertembungan final akan menyaksikan beregu Singapura, Feng Tianwei-Yu Mengyu menentang beregu sepasukan mereka, Lin Ye/Zhou Yihan yang menewaskan Komwong Narthana/Sawettabut Sutha dari Thailand 7-11,9-11, 11-3, 11-5, 10-12, 11-6, 11-8 dalam satu lagi saingan separuh akhir.

Thailand turut meraih pingat gangsa.  Ho Ying dan Lee Rou You juga muncul penyumbang pingat pertama buat kontinjennegara di temasya dwitahunan itu.

Rou You berkata kelemahan ketara yang masih perlu diperbaiki ialah aspek kawalan bola serta kelincahan ketika beraksi. -

"Memang tidak berpuas hati sebab, kami kalah straight set 4-0. Kami banyak melakukan kesilapan, beregu Singapura mengawal bola dengan baik dan standard permainan mereka adalah tinggi.

"Kelemahan saya ialah ketika menerima bola dari pihak lawan. Kami telah membuat persiapan selama tiga minggu di China sebelum ke Sukan SEA.  Selepas inisaya akan mengambil bahagian dalam acara perseorangan dan beregu campuran," kata Rou You yang mempunyai pengalaman selama 12 tahun dalam sukan itu.

Ping Pong, Sukan SEA, beregu wanita

Artikel Lain