suria

Jersi Baharu Manchester United Didedahkan

PENYOKONG Manchester United memulakan spekulasi mengenai jersi baharu kelab itu yang ditaja Adidas selepas Ashley Young memuatnaik gambarnya memakai jersi untuk aksi di laman sendiri di Twitternya.

Penyokong United sebelum ini tidak sabar untuk melihat jersi baharu itu selepas Adidas mengumumkan untuk menaja kelab berkenaan selama 10 tahun dengan nilai sebanyak £750 juta bagi menggantikan Nike.

Young memakai jersi tajaan Nike.

Jersi yang mempunyai tiga garis di bahu dan berkolar 'V' itu akan digunakan United pada musim 2015-16 dengan dibarisi beberapa pemain baru.

Kontrak tajaan Nike akan tamat pada 31 Julai dan pemain United akan mula memakai jersi tajaan Adidas pada 1 Ogos.

Penyokong United selain itu turut berharap tajaan tersebut akan membantu menambah jumlah pendapatan kelab berkenaan sekaligus muncul sebagai kelab paling kaya di Liga Perdana Inggeris (EPL).

Selain jersi baharu, United juga berjaya kembali ke saingan Liga Juara-Juara Eropah pada musim depan apabila menduduki tangga keempat EPL.

Bagi mengukuhkan kelab itu, Van Gaal dilapor akan turut membawa beberapa pemain bertaraf bintang ke Old Trafford.

Adidas, Manchester United, Nike

Artikel Lain