KAPTEN Brazil, Neymar digantung empat perlawanan sekaligus menyaksikan dia tidak dapat beraksi dalam perlawanan Copa Amerika tahun ini. Penyerang Barcelona itu dijatuhkan hukuman gara-gara terlibat dengan pergaduhan dengan Jeison Murillo dan Carlos Bacca dan dilayangkan kad merah pada aksi tewas 0-1 kepada Colombia dalam Kumpulan C, Rabu lalu. Bagaimana pun Brazil yang masih mempunyai peluang untuk menempah pasukan dalam lapan kelompok terakhir ada hak untuk membuat merayu. Sementara itu Bacca turut dijatuhkan hukuman gantung dua perlawanan dan denda $5,000 (RM18,697) kerana turut terlibat dalam insiden perkelahi itu.