MANCHESTER United dilapor telah membuat pertanyaan kepada Tottenham Hotspurs mengenai penyerang kelab itu, Harry Kane. Langkah terbaru United itu dibuat selepas Van Gaal kelihatan terdesak untuk mendapatkan penyerang yang mampu memecah kebuntuan penyudah kelab berkenaan. Old Trafford juga berhasrat untuk mendapatkan Kane sebelum 1 September - sebelum jendela pemindahan pemain ditutup. Tottenham kini sedang berusaha mengekalkan Kane kerana pemain berusia 22 tahun itu dikatakan menjadi aset peminat. United mahu mendapatkan Kane selepas pemain England itu berjaya menjaringkan 31 gol pada musim lalu.