suria

Tewas 3-0, Mourinho Anggap Keputusan 'Palsu'

JOSE Mourinho mendakwa kekalahan Chelsea kepada Manchester City adalah keputusan 'palsu' kerana pasukannya layak mendapat lebih baik dalam perlawanan itu.

Dalam perlawanan di Stadium Etihad, Chelsea dimalukan menerusi tiga jaringan oleh Sergio Aguero, Vincent Kompany dan Fernandinho.

Jurulatih kelahiran Portugal itu berpendapat City hanya memenangi permainan pada babak pertama.

"Pasukan terbaik pada babak pertama memenangi perlawanan itu.

"Pasukan terbaik pada babak kedua pastinya Chelsea. Kami menghadapi kesukaran pada babak pertama, kami gagal mencipta peluang, penjaga gol telah menepis banyak cubaan lawan," katanya.

Mourinho selain itu turut mengkritik pihak media yang mendakwa kemasukkan Reheem Sterling telah menambah derita Chelsea dengan tambahan dua gol untuk menjadikan 3-0.


Chelsea, Manchester City

Artikel Lain