suria

Juara PGA US Menangis Kenang Pengorbanan Ibu

JASON Day menitis air mata sebaik sahaja dinobatkan sebagai juara Kejohanan PGA Amerika Syarikat (US) pada Isnin.

Day,27, tidak dapat menahan air matanya bukan kerana bergelar juara, sebaliknya mengenangkan kesusahannya ketika remaja sebelum berjaya menjadi pemain golf profesional.

Day menamatkan pukulan terakhir di Whistling Straits dengan lima di bawah par 67 setelah mendahului kedudukan sejak awal permainan.

"Saya tidak pernah menduga untuk berada di tempat ini sebelum ini.

"Saya tidak akan berada di sini jika ayah saya tidak meninggal dunia kerana 'pintu' untuk bermain golf tertutup bagi saya, namun selepas itu satu lagi pintu terbuka kerana ibu dan adik-beradik telah berkorban untuk saya.

"Saya dihantar menyertai akademi golf dan bertemu dengan Colin Swatton (jurulatih, kedi dan mentor) yang telah memberi kehidupan kepada saya.

"Untuk mendekatinya dengan memenangi kemenangan pertama kejohanan utama sesuatu yang amat sukar. 

"Dia mengubah saya daripada seorang kanak-kanak yang selalu bergaduh dan mabuk ketika usia 12 tahun. Dia terlalu bermakna bagi saya. Saya menyayanginya sehingga akhir nyawa saya," jelasnya ketika mengimbas kembali permulaan kariernya.

Day (kiri) bersama kedi dan mentornya, Swatton.


Day yang dibesarkan di Queensland, Australia turut menitis air mata ketika bercerita mengenai kehidupan yang sukar ketika remaja dan pengorbanan ibunya, Dening.

"Kenapa emosi ini muncul ketika saya meraih kejayaan? Sebab ibu saya telah menjual rumah untuk menghantar saya ke Kooralbyn, melakukan dua pekerjaan malah turut meminjam duit daripada pakcik dan makcik kerana tidak mahu mensia-sia bakat yang ada pada saya.

"Saya masih ingat bagaimana ibu saya memotong rumput dengan sebilah pisau kerana kami tidak mampu untuk membaiki mesin rumput. 

"Saya juga masih ingat kesusahan ibu memanaskan air lima hingga enam cerek sehari agar kami dapat mandi dengan air panas," jelasnya dalam nada sedih.

Bapanya, Alvin meninggal dunia akibat kanser perut ketika usianya 12 tahun.
Day juara PGA, US

Artikel Lain