suria

Arsenal Bernasib Baik, Menang Tipis 1-0 Ke Atas Newcastle

Mitrovic dilayangkan kad merah oleh pengadil Andre Marriner.

PASUKAN Arsene Wenger mencatat kemenangan 1-0 ke atas Newcastle United pada aksi Liga Perdana Inggeris di St James Park, Sabtu malam.

Jaringan tunggal perlawanan itu terhasil melalui gol sendiri pemain Newcastle, Coloccini pada minit ke-52.

Malah pasukan tuan rumah yang dikendalikan Steve McClaren itu turut diuji apabila terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Aleksandar Mitrovic dilayangkan kad merah  gara-gara melakukan terjahan keras di betis Francis Coquelin. 

Mitrovic menjadi pemain paling awal mendapat kad merah (16') untuk kelab Newcastle dalam saingan liga selepas Habib Beye (12') ketika bertemu Manchster City pada tahun 20 Oktober 2008.

Senarai pemain:

Newcastle United: Krul , Janmaat, Mbemba, Coloccini 6, Haidara, Anita, Colback, Sissoko, Wijnaldum, Thauvin, Mitrovic. (simpanan): Ciss, de Jong, Perez 

Arsenal: Cech, Bellerin, Koscielny, Gabriel, Monreal, Coquelin, Cazorla, Oxlade-Chamberlain, Ramsey, Sanchez, Walcott (simpanan) Arteta, Giroud

Arsenal, Newcastle

Artikel Lain